Ciri-ciri aset Aset

Aset memiliki tiga ciri utama:

  • Kemungkinan keuntungan masa hadapan yang membabitkan kepasiti, secara tunggal atau dengan gabungan dengan aset lain, dalam kes usahawan berorentasi keuntungan, bagi menyumbang secara langsung, atau tidak langsung kepada aliran tunai, dan, dalam kes organisasi bukan laba, untuk memberikan perkhidmatan
  • Entiti boleh mengawal capaian kepada kebaikan itu;
  • Transaksi atau peristiwa memberi hak kepada entity, atau kawalan, keuntungan yang telah pun berlaku.

Ianya tidak perlu, dari segi istilah perakaunan, untuk mengawal sesuatu aset untuk keuntungan sebagai boleh dilakukan menurut undang-undang sebelum sesuatu sumber ditakrifkan sebagai aset, asalkan entity itu boleh mengawal penggunaannya melalui cara lain.

Adalah penting bagi memahami bahawa dari segi perakaunan aset tidak sama dengan hak milik. Aset adalah sama dengan "equity" tambah "tanggungan/laibiliti".

Persamaan perakaunan mengaitkan aset, tanggungan, dan ekuiti pemilik:

Aset = Tanggungan + Modal (Ekuiti Pemilik)Assets = Liabilities + Capital (Owners' Equity)


Persamaan perakaunan adalah struktur methematik bagi kunci kira-kira (“balance sheet”).

Aset disenaraikan dalam kunci kira-kira. Sama juga, dalam ekonomi aset merupakan sebarang bentuk kekayaan yang boleh disekat.